Description

Sempena sambutan Isra’ & Miraj, Bilik Rambut Mulia Rasulullah ‎ﷺ akan dibukakan untuk kunjungan orang selama 3 hari iaitu dari 17 hingga 19 Januari 2026 bersamaan dengan 27 hingga 29 Rejab 1447H.

Tema sambutan Isra’ & Miraj tahun ini ialah “Sembahyang Teras Modal Insan Cemerlang”.

Galeri Rambut Mulia Rasulullah ‎ﷺ mempamerkan Rambut Mulia Rasulullah ‎ﷺ serta koleksi lain yang terdiri dari cebisan burdah, serta replika kesan tapak kaki, pedang-pedang dan tongkat Rasulullah ‎ﷺ dan sebagainya.

Datanglah beramai-ramai ke Galeri Pameran Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan rebutlah peluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat lagi khazanah warisan kegemilangan Islam dan bahan-bahan artifak sejarah yang dipamerkan.

Maklumat-maklumat mengenai tiket masuk boleh diperolehi dengan mengunjungi kaunter-kaunter tiket di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, atau dengan melayari laman sesawang rasmi www.bkishhb.gov.bn untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Advertise With Us