Address

MASJID YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH, KAMPONG BOLKIAH A.

Description

Program Nur Ramadhan 3.0: Belia Al-Wahdah merupakan program anjuran Belia Imtiyaz yang bertujuan untuk meraih keberkatan bulan Ramadan di samping memperkukuhkan silaturrahim dalam kalangan belia. Mengusung konsep Belia Al-Wahdah, program ini memberi penekanan kepada pembentukan generasi belia yang bersatu hati, saling menghormati, serta bergerak seiring dalam memperkasa nilai kerohanian dan kemasyarakatan.

Program Nur Ramadhan 3.0 diadakan selama 3 hari 2 malam yang bertempat di Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Program ini menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan ukhuwah, memupuk semangat kebersamaan, serta menyemai nilai kepedulian sosial dalam kalangan para peserta selaras dengan semangat Al-Wahdah yang menekankan perpaduan dan kesejahteraan komuniti belia.